Thursday, 12 December 2013

Kehebatan Al-Quran

Friday, 6 December 2013

Pentingnya Ilmu


Thursday, 5 December 2013

Allah lebih Tahu Apa yang Kamu Tahu..

Ketika Allah mengambil sesuatu yang baik dari hidupmu, bersyukurlah kerana Allah telah mempersiapkan sesuatu yang jauh lebih baik buat dirimu...

Wednesday, 4 December 2013

Nasihat Cendiakawan Islam



Tuesday, 3 December 2013

Jika Kita Gagal Merancang Sebenarnya Kita Merancang Untuk Gagal



Dunia adalah bagaikan lautan dan kapal yang belayar di atasnya, keadaan laut penuh ujian dan cubaan, tetapi kapal tetap perlu terus berlayar dan mengambil keperluan yang sewajarnya, nakhodanya perlu cekap meneruskan haluan tepat ke destinasi, dan panduannya telah ada dari pencipta Alam ini. Janganlah biarkan kapal itu tenggelam dan janganlah kita biarkan kapal itu hanyut tanpa tujuan dan haluan. Wajiblah kita menetapkan haluan dan terus menuju ke destinasi abadi, boleh kan?

Monday, 2 December 2013

Mutiara Hati

Dalam kehidupan ini, semua orang tidak boleh lari dari melakukan kesalahan sama ada disengajakan ataupun tidak, itu suatu perkara yang wajar kita sedari dan memohon maaf atas kesalahan kita kepada orang lain. Maka, kita perlu saling mengingati antara sesama muslim.


Sunday, 1 December 2013

Cinta Allah Maha Agung

"Ya Allah, kurniakanlah daku perasaan cinta kepada-Mu, dan cinta kepada orang yang mengasihi-Mu, dan apa sahaja yang membawa daku menghampiri-Mu..Jadikanlah cinta-Mu itu lebih aku hargai daripada air sejuk bagi Orang yang kehausan.. ya Allah, sesungguhnya aku memOhon cinta-Mu, dan cinta Orang yang mencintai-Mu, dan cinta yang dapat mendekatkan aku kepada-Mu..ya Allah, apa sahaja yang Engkau anugerahkan kepadaku daripada apa yang aku cintai, maka jadikanlah ia kekuatan untukku mencintai apa yang Engkau cintai..

Dan apa sahaja yang Engkau singkirkan daripada apa yang aku cintai, maka jadikanlah ia keredhaan untukku dalam mencintai apa yang Engkau cintai.. ya Allah, jadikanlah cinta-Mu sesuatu yang paling aku cintai daripada cintaku kepada keluargaku, hartaku dan air sejuk pada saat kehausan..

ya Allah, jadikanlah aku mencintai-Mu, mencintai para malaikat-Mu, Rasul-Mu, dan hamba-Mu yang sOleh... ya Allah, hidupkanlah hatiku dengan cinta-Mu dan jadikanlah aku bagi-Mu seperti apa yang Engkau cintai, ya Allah, jadikanlah aku mencintai-Mu dengan segenap cintaku dan seluruh usahaku demi keredhaan-Mu..(" Hadith Riwayat At Tarmizi, Rasulullah SAW bersabda, "inilah dOa yang biasa dipanjatkan Oleh Nabi Daud a.s " )